Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di hadapan kediamannya di Bandar Sg. Long, Kajang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 NOVEMBER 2022.

KAJANG — Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Harapan (PH) mampu untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu enggan mendedahkan butiran parti yang bakal menyokong gabungan parti itu.

Katanya, parti-parti yang terlibat akan membuat pengumuman masing-masing.

“Saya masih tegas dengan pendirian saya, kita sudah mempunyai majoriti seperti yang saya kata semalam. Saya gembira dengan keputusan yang dibuat menerusi perbincangan yang dibuat secara maya”

“Seperti yang saya dah kata malam semalam, ia dah pun diselesaikan.

“Tetapi saya mahu mereka membuat kenyataan sendiri,” katanya ketika ditemui dihadapan kediamannya di Bandar Sg Long, Kajang, malam ini.

Tambah Anwar, beliau yakin akan diberikan peluang untuk mentadbir berdasarkan sokongan yang diterima.

“Kestabilan negara menyelamatkan negara dari unsur-unsur negatif, dan memulihkan memulihkan ekonomi adalah tugas bersama,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau akur dengan ketetapan Istana Negara untuk menamakan calon Perdana Menteri sebelum jam 2 petang esok.

Semalam PH berjaya menduduki 82 kerusi Parlimen, dan memerlukan baki 30 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan.

Dalam pada itu, Anwar menafikan desas desus mengenai pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. sanggupkah DAP mengkhianati orang cina kerana bekerjasama dengan UMNO. Kemungkinan tsunami Cina akan berlaku pada pru16 kerana DAP menyokong UMNO. orang Cina juga masih ada parti Gerekan sekiranya DAP mengkhianati mereka sebagaimana Cina telah menolak MCA.

  2. Harap umno berpegang teguh kpd hasrat akar umbi dengan slogan NO ANWAR NO DAP! Tidak menyertai mana2 blok bukanlah suatu kesalahan didalam perlembagaan.

Comments are closed.