Hamzah Zainudin. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 12 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional bersetuju mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbicancangan dengan parti-parti sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan Setiausaha Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini.

Pendirian itu diputuskan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional hari ini yang telah membincangkan mengenai cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara,” katanya.

Kesediaan PN itu mengubah pendirian asal Pengerusi gabungan parti itu yang menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah agar ditubuhkan kerajaan perpaduan.

VIDEO

Ia berikutan kegagalan mana-mana parti memperoleh majoriti mudah dalam pilihan raya umum ke-15 yang berlangsung 19 November lalu.

Keputusan PRU15 menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi, PN (73) dan Barisan Nasional (30). Lain-lain kerusi turut dimenangi GPS, GRS, Warisan dan Bebas.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Barang yg lepas jangan dikenang sudah menjadi hak org lain akibat kedegilan serta ego yg tinggi sehingga sanggup derhaka dgn titah Tuanku YDPA..sudah pasti TUANKU murka dgn keputusan itu sbb itu lah Tuanku Agong sarankan BN agar menyelesaikan kemelut yg timbul agar negara x ketinggalan jauh. Tuanku juga yakin dgn BN yg berpengalaman mentadbir negara disaat² genting begini. Tahniah kpd DZH yg berlapang dada dgn saranan Tuanku Agong.

Comments are closed.