Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugasnya pada hari pertama di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 25 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Sahabat Erat Dan Amanat Rakyat Malaysia (Sedar) mendesak Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melantik Ahli Parlimen yang berhadapan dengan kes mahkamah menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Presidennya Nazrin Norani berkata, desakan yang dimulakan menerusi petisyen itu dibuat supaya Anwar memastikan kerajaan tidak campur tangan dalam bidang kehakiman sehingga menyebabkan ada kes ahli Parlimen yang akan digugurkan.

“Petisyen itu juga mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan cabang eksekutif dalam kerajaan tidak campur tangan dalam badan kehakiman bagi hal-hal berkaitan kes mahkamah membabitkan ahli Parlimen yang boleh menyebabkan kes mereka digugurkan.

“Kami berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan pentadbiran beliau dengan langkah-langkah positif yang boleh mengembalikan kepercayaan ramai, baik rakyat mahupun orang luarĀ  terhadap negara kita,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Anwar berkata, cadangan untuk tidak melantik ahli Parlimen yang didakwa di mahkamah sebagai anggota Kabinet, akan dibincangkan secara terperinci dengan parti yang menyertai Kerajaan Perpaduan.

Beliau menegaskan pendirian Pakatan Harapan (PH) dalam isu itu adalah jelas, iaitu tidak melantik mana-mana Ahli Parlimen yang didakwa di mahkamah ke dalam Kabinet.

Terdahulu Nazrin berkata, petisyen desakan Sedar boleh disertai diisi di https://chng.it/qMkd9JNXGD.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Bertenang .. baru je semalam PM 10 dilantik. Bagi sedikit masa kpd beliau menyusun strategi. Tahu la dia nk handle tu.. yg pihak2 kat luar tu tak yah nak mendesak sana sini.. Tenang2 je…

  2. Tahniah kpd YAB Datuk Sri Anuar Ibrahim.Berilah kepercayaan Dan sokongan kpd beliau untuk menerajui negara demi keharmonian berbilang kaum & ugama.

Comments are closed.