Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media khas di Publika, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 24 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Beliau berkata, dengan Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan, PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen.

Bergerak ke hadapan, katanya, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

PN menang 73 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November lalu. – MalaysiaGazette

 

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here