KUALA LUMPUR – Semua pihak wajar menyokong ikrar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, ikrar itu mencakupi mempertahankan bahasa Melayu, agama Islam agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu serta berlaku adil kepada etnik lain.
Katanya, inilah aspirasi perpaduan yang menjadi dokongan penting pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak awal merdeka sehingga berdepan kekalahan pada PRU14.
“BN telah menjadikannya sebagai ramuan penting untuk membangunkan negara, bangsa dan sentiasa teguh mendepani pelbagai cabaran global semasa.
“Kerajaan Perpaduan Nasional hari ini menggabungkan kerjasama pelbagai parti politik mewakili wilayah, kemajmukan kaum, agama dan budaya serta ciri penting memastikan Malaysia kekal aman harmoni bagi menyokong pentadbiran negara.
“Malaysia tidak boleh menerima sebarang unsur ektrimisme atau chavinisme dalam bentuk perkauman, agama mahu ideologi melampau yang mampu mengganggu gugat keharmonian masyarakat majmuk mengikut lunas Keluhuran Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Justeru, menurut Syed Johan Rizal, setiap warga Malaysia perlu menyokong penuh konsep Perpaduan Nasional bagi membuktikan kepada dunia Malaysia mampu sebulat suara berdaulat dan stabil bagi mendepani cabaran global pada masa depan.
Kini katanya, adalah masa untuk bekerja keras memastikan Malaysia teguh dan kembali garang di pentas dunia.
“Usah lagi bermain politik dan ayuh kita berganding bahu membantu mempersiapsiagakan Malaysia untuk masa depan yang lebih baik.
“Kita bersama Perpaduan Nasional demi Malaysia yang tercinta, insha Allah,” katanya. – MalaysiaGazette
Tindakan Muhyiddin cabar keabsahan Anwar sebagai PM dipersoal;;;;RODA BERPUTAR…sebelum ini 2 MUNAFIK BERSEKUTU persoal keabsahan MUHYIDIN….malah zahid dan 15 geng tarik sokongan dengan RATIB GAGAL GAGAL GAGAL
kifarahnya umno dan b end yang GGAAGAL PRU15…hampir dikambus dalam KUBURAN tetapi terpaksa JILAT MUNTAH NAJIS KENCING yang NIKMAT DARI PAKATAN HANCING untuk bernyawa lagi
HILANG JATI DIRI…JIKA KAMU HEBAT DAN JIWA BESAR KENAPA TOLAK MN DAN PN
PAU 2022 hanya SANDIWARA puak2 MUNAFIK….NO ANWAR NO DAPIGS
Pasai pa marah sangat? lumrah la tu .. yg kalah meratip kedukaan yg mendalam… yang menang bersorak kegirangan yg amat sgt. Mana yg menang tadbirlah dgn kewarasan. Mana yg kalah jadilah pembangkang yang menyumbang dan bukannya pembangang yg sumbang.