KUALA LUMPUR – Tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr Sidek Baba menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini malam ini.

Perkara itu disahkan anak Allahyarham, Izzudin dalam laman Facebooknya.

Beliau memaklumkan jenazah bapanya masih berada di PPUM untuk pengesahan COVID-19.

“Mohon didoakan agar roh ayahanda dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan para solihin dan muttaqin,” katanya.

Sidek, 76, dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka.

Beliau pernah menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 2009 selain dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan pada 2010 dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar) dari 1994 hingga 2002. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast