BUENOS AIRES – Tiga individu terbunuh manakala 13 lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pistol memasuki dua buah sekolah di tenggara Brazil, menurut media negara itu, G1
Insiden tembakan itu berlaku di sekolah awam dan swasta yang terletak di jalan yang dama di Aracruz, perbandaran di negeri Espirito Santo.
Lelaki yang bersenjata dua pucuk pistol itu memasuki sekolah awam dan melepaskan beberapa tembakan sebelum menuju ke bilik guru dan membunuh dua orang guru.
Dia kemudian menuju ke sekolah swasta dan membunuh seorang pelajar, lapor agensi berita, Anadolu.
Guru tersebut berumur 45 dan 48 tahun dan identiti pelajar tersebut tidak didedahkan.
Gabenor Espírito Santo, Renato Casagrande mengesahkan pihak berkuasa keselamatan telah menahan suspek selepas kejadian di Sekolah Primo Bitti dan Pusat Pendidikan Praia de Coqueiral.
Casagrande yang menyifatkan kejadian itu sebagai kehilangan yang tidak boleh diganti mengisytiharkan hari berkabung selama tiga hari dan meminta pihak berkuasa terus menyiasat.
Sebelum ini suspek berusia 16 tahun itu telah menjalani rawatan psikiatri dan tidak diketahui jika dia mengambil ubat, menurut Metropoles.
Dia didakwa yang menggunakan senjata ayahnya yang merupakan seorang anggota polis memakai simbol Nazi dan mengenakan pakaian tentera ketika melepaskan tembakan, lapor Metropoles.
Sesi persekolahan di Aracruz digantung.’Pihak berkuasa percaya serangan berkenaan telah dirancang sekurang-kurangnya selama dua tahun. – Agensi