Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp, Datuk Seri Jamil Salleh bersama Pengerusi Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood melawat ke ruang pameran selepas Majlis HRD Corp Lancar NHCCE 2022, Umum Jalin Kerjasama Bersama LINKEDIN di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 29 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR –  Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022 bermula hari ini merupakan persidangan di Asia Tenggara yang berjaya menghimpunkan lebih 2,300 delegasi dan 30 panelis terkemuka.

Menurut Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), Datuk Shahul Dawood, fokus persidangan kali ini adalah untuk meningkatkan keutamaan HR5.0 dalam kalangan pekerja.

Turut dibincangkan adalah evolusi dalam pembangunan sumber manusia serta hala tuju negara dalam pembangunan teknologi di tempat kerja.

“Perkara ini perlu mengikuti trend sengan keperluan kecanggihan. Misalnya dengan latihan-latihan program-program diberikan kepada pekerja ia akan menjadikan pekerja lebih berdaya saing dan seiring drngan kemajuan teknologi,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood bercakap kepada sidang media selepas Majlis HRD Corp Lancar NHCCE 2022, Umum Jalin Kerjasama Bersama LINKEDIN di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 29 NOVEMBER 2022.

Menurut Shahul, fokus NHCCE tahun ini juga adalah isu graduan untuk mencari pekerjaan yang seiring dengan kelayakan mereka.

“Isu utama sekarang  adalah graduan. Memang ada banyak isu untuk mereka ini cari kerja yang sesuai,” tambahnya.

Bertemakan HR5.0: Evolusi Dalam Pembangunan Sumber Manusia, NHCEE 2022 menyasarkan bagi memperkasa pemimpin dan pengamal sumber manusia untuk mengambil pendekatan baharu dalam peranan masing-masing.

Dalam mahlis yang sama, HRD Corp turut memeterai Perjanjian Persefahaman dengan LinkedIn hari ini.

Kerjasama berkenaan dijalin untuk mempercepatkan langkah negara ke arah ekonomi berasaskan kemahiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast