KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Mohd Na’im Mokhtar dilantik sebagai Menteri Agama dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohd. Na’im, 55, antara muka baharu yang dilantik di dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Beliau akan memegang jawatan itu selaku Senator atau Ahli Dewan Negara. – MalaysiaGazette