Empat jemaah Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan Senator  hari ini.

KUALA LUMPUR – Empat jemaah Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan Senator  hari ini.

Mereka ialah Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memegang portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kementerian Dalam Negeri).

Dua lagi adalah Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Kementerian Luar), dan Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Tengku Zafrul mengangkat sumpah jawatan untuk kali kedua sementara yang lain adalah lantikan kali pertama. – MalaysiaGazette