Pengasas Klinik Idealyst, Dr Aidil Azry Mokhtar.

KUALA LUMPUR – Muncul dengan penampilan baharu yang langsing dan kurus serta lebih sihat pastinya menjadi idaman semua individu.

Namun ramai yang mahu menurunkan berat badan tanpa mengambil suplemen dan pada masa sama tidak berlapar.

Selain diet dengan betul, bersukan juga perlu untuk membantu lagi proses penurunan berat badan dengan cepat. Antara trend yang popular adalah berkunjung ke gimnasium untuk mengeluarkan peluh.

Namun bagi yang tiada masa, hari ini terdapat juga aktiviti yang menjadi alternatif bagi yang ingin untuk mengeluarkan peluh tanpa bercampur dengan orang ramai.

Anda mungkin boleh mencuba konsep gimnasium di dalam klinik di mana ia lebih menjimatkan masa untuk bersukan.

Dengan menggunakan mesin dikenali EMS Wondersculpt, ia hanya memerlu tempoh bersukan selama 25 minit yang bersamaan dengan tiga jam latihan otot di gimnasium.

Rawatan yang disediakan di Klinik Idealyst itu kini menjadi pilihan individu yang mahu kekal langsing dan kurus secara privasi tanpa gangguan.

Pengasas klinik,  Dr Aidil AzryMokhtar berkata, mesin itu dapat membina otot-otot terpilih agar bentuk lebih mantap di mana kekuatan otot akan semakin berganda.

Dr Aidil yang memiliki pengalaman mengusahakan klinik estetik sejak 13 tahun lalu memberitahu, dalam keadaan biasa, otot perlu bekerja tanpa henti hingga 52,000 kali tanpa menggunakan EMS Wondersculpt.

“Kelebihan lain mesin ini juga dapat membakar lemak-lemak tepu degil  di mana individu boleh memilih dan memberi fokus di kawasan otot-otot tertentu yang dirawat.

“Contohnya jika mereka ingin mengurang lemak di perut atau di peha, mesin akan menumpukan rawatan di kawasan itu hanya selama 25 minit untuk setiap kali rawatan,” katanya yang merupaka graduan perubatan di Kolej Universiti Dublin Ireland.

Dengan menggunakan mesin dikenali EMS Wondersculpt, ia hanya memerlukan tempoh bersukan selama 25 minit yang bersamaan dengan tiga jam latihan otot di gimnasium.

Aidil menambah, EMS Wondersculpt amat sesuai untuk semua golongan sama lelaki atau wanita selain memiliki memiliki BMI normal atau pun dalam kategori obesiti.

Beliau berkata, bagi menjamin keselesaan individu, rawatan fisio selepas latihan diberikan selama lima minit untuk melegakan semula otot-otot yg telah bekerja kuat selama 25 min.

Ini katanya bagi mencegah rasa sakit otot-otot individu pada keesokan harinya.

“Kaaedah mesin ini lebih menjimat waktu apabila individu tidak perlu berdiet dan pergi ke gimnasium yang memakan masa untuk mendapatkan hasil apatah lagi peru berkunjung ke pusat kesihatan kecergasan yang memerlukan banyak kos.

“Malah program ini sesuai untuk golongan sudah berumur terutama melebihi usia 40-an kerana mereka tidak boleh bersenam dengan berat kerana boleh memberi kesan kepada tulang belakang mereka.

“Jadi EMS Wondersculpt menjadi latihan terbaik untuk membakar lemak perut mereka untuk kekal cergas, sihat dan mendapat bentuk tubuh yang diidamkan.

“Lebih penting, ia berbeza dengan rawatan laser atau pembedahan bariatik yang tidak boleh memasuki lapisan lemak perut lebih mendalam terutama lemak yang mengelilingi organ-organ penting seperti hati,” katanya.

Sementara itu, selain rawatan langsing ini, ketika ini, antara rawatan popular yang ditawarkan di Klinik Idealyst adalah rawatan rambut gugur, rawatan muka dan antipenuaan, rawatan bawah mata selain terbaharu rawatan merangsang hormon lelaki.

Bagi yang berminat mengetahui rawatan di Klinik Idealyst, mereka boleh berkunjung di cawangan KL Trillion, Jalan Tun Razak dan Damansara Perdana. – MalaysiaGazette