kluster gantung mohd puad zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan tidak hanya membangkitkan isu monopoli syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sahaja.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Puad Zakashi berkata, Anwar juga perlu menegur tindakan tokoh korporat itu yang didakwa memonopoli sebuah syarikat media swasta di negara ini.

“Semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor, Syed Mokhtar dianggap kroni Muhyiddin.

“Dia juga kroni Tun Dr Mahathir Mohamad. Sekarang dia memonopoli Media Prima yang memiliki TV3 dan NSTP.

“Monopoli media ini juga perlu dibetulkan. Jangan benarkan naratif negara dikuasai oleh orang tertentu yang masih bercita-cita,” katanya dalam hantaran terbaharu di akaun Facebooknya, hari ini.

Semalam, Anwar dalam sidang medianya memberi jaminan kerajaannya tidak lagi membenarkan monopoli industri oleh tokoh tertentu yang memangsakan pemain kecil.

Susulan teguran itu, Syed Mokhtar bersetuju memperuntukkan dana khas untuk diagihkan kepada golongan miskin, petani tempatan dalam jangka pendek. – MalaysiaGazette