MQ Tech
Nurulhidayah Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: MQ Technology Bhd (MQ Tech) melantik Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai Pengerusi, berkuatkuasa 5 Disember 2022.

Syarikat tersebut dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, Nurulhidayah, 44, merupakan Naib Pengerusi sebelum ini.

Dalam masa yang sama, dalam makluman yang berasingan kepada Bursa Malaysia, MQ Tech berkata, Datuk Lim Char Boo yang merupakan Pengerusi syarikat ditetapkan semula sebagai Naib Pengerusi berkuatkuasa hari yang sama. – MalaysiaGazette