Tengku Zafrul Tengku Abdul Azi.- foto SYAFIQ AMBAK, 14 NOVEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menempelak pihak yang menfitnah beliau kononnya  ‘ponteng’ mesyuarat Kabinet semalam untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia di Doha.

Tengku Zafrul berkata, bukan mudah untuk tidak menghadiri mesyuarat Kabinet seperti ponteng sekolah.

“Tak dapat hadir ke mesyuarat Kabinet ini bukan macam ponteng kelas, rasa tak nak pergi tak pergi.

“Mana-mana menteri yang hendak ke luar negeri perlu dapat kebenaran Perdana Menteri dahulu. Kalau Perdana Menteri tak lulus tak boleh pergi,” katanya dalam satu perkongsian video di media sosial hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, beliau berangkat ke Abu Dhabi pada Ahad untuk menghadiri majlis perjanjian antara syarikat Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd dengan syarikat Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).

Majlis perjanjian itu disaksikan oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Katanya, selepas mendapat pelepasan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas angkat sumpah sebagai menteri pada Sabtu beliau terus bertemu dengan Ketua Setiausaha Kementerian dan pegawai lain mengenai urusan ke Abu Dhabi.

Tengku Zafrul melahirkan rasa kecewa kerana baharu sahaja mengangkat sumpah sebagai menteri telah keluar bermacam-macam fitnah dan berita palsu melibatkan dirinya.

Menteri MITI itu mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau ponteng menghadiri mesyuarat pertama Kabinet Kerajaan Persekutuan kerana telah pergi ke Qatar untuk menyaksikan Piala Dunia.

“Kononnya saya ponteng mesyuarat jemaah menteri kerana nak tengok World Cup di Qatar.

“Pertamanya saya pergi ke Abu Dhabi bukannya Doha, Qatar. Abu Dhabi tak ada World Cup, Doha yang ada.

“Keduanya saya pergi ke Abu Dhabi untuk urusan rasmi bukannya saja-saja hendak pergi,” kata Tengku Zafrul.

Tengku Zafrul berkata, perjanjian yang ditandatangani Petronas iu adalah bersejarah dan projek terbesar kepada Malaysia dan UAE untuk sektor minyak dan gas.

Ini kerana ia melibatkan pelaburan bagi kedua-dua negara untuk tempoh 30 tahun dan akan memberikan limpahan ekonomi kepada negara.

Menurutnya, beliau akan menjelaskan mengenai perjanjian itu kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung esok.

“Kita semua amat bangga dengan pencapaian Petronas di peringkat antarabangsa

“Perjanjian ini akan mempelbagaikan sumber pendapatan Petroas dan pastinya mengukuhkan status mereka sebagai salah satu syarakit tenaga terkemuka di dunia,” katanya.

Selain itu Tengku Zafrul turut singgah di pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Dubai untuk bertemu dengan pegawai yang terlibat.

Matrade sekarang ini sedang menyertai Expo Perdagangan The Big Five Dubai dari 5 hingga 8 Disember.

Ia adalah antara expo perdagangan terbesar bagi sektor pembinaan dan bahan binaan dan disertai oleh 12 syarikat Malaysia.

Beliau yakin kepakaran dan prestasi cemerlang syarikat terbabit akan membolehkan mereka mebdapat projek dan kontark bukan sahaja di UAE malah selurah rantau Timur Tengah.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Terbaik Tengku Zafrul…puak yg suka fitnah ni kalau tak lebai2, geng2 katak PN laaa..tu mmg makanan ruji mrk…diorang sakit hati laaa sebab Tok Guru dia yg jd duta khas ke Timur Tengah bertaraf menteri tak pernah pun bawa pulang apa2 bisnes dari negara2 Arab…asal cakap Arab jaa blh jd Menteri..makan gaji buta jaa

  2. UAE negara kecil bekas jajahan British amat disukai oleh majority pendatang ekonomi expats bukan pribumi berbilang kaum dan budaya ada hak asasi warganegara daripada negara-negara asal mereka masing-masing tetapi tiada hak warganegara tempatan walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar cukai yang memperkayakan pribumi Emiratis berkenaan supaya politikus Pak Pandir yang masih kemaruk sokongan undi pendatang ekonomi expats bukan pribumi untuk Menang sorak kampung tergadai diharap ambil ikhtibar daripada UAE sebaik-baiknya.

Comments are closed.