Keadaan kediaman yang rosak akibat letupan silinder gas. foto Hindustan Times

NEW DELHI- Sekurang-kurangnya lima orang maut dan 50 lagi cedera selepas silinder gas memasak yang bocor meletup semasa majlis perkahwinan di negeri Rajasthan di barat India.

Mangsa yang maut termasuk dua kanak-kanak.

Manakala mereka yang cedera pula berada pada tahap melecur berbeza dan mereka telah dihantar ke hospital terdekat.

Menurut polis, kejadian itu berlaku sebelum perarakan pengantin lelaki keluar dari rumahnya.

Media tempatan melaporkan hampir 100 orang termasuk tetamu berada di tempat kejadian.

“Berlaku letupan kuat menyebabkan dan sebahagian daripada rumah berkenaan roboh,” menurut polis.