KUALA LUMPUR – Jika Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bermimpi ‘rumah pusaka’ yang menjadi tempatnya tinggal terbakar Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil turut bermimpi rumah terbakar.
Isham berkata, beliau bermimpi rumah tempat tinggal mereka ada api dalam serkam.
Api tersebut katanya, mahu membakar rumah mereka supaya mereka merempat dan pergi menumpang di rumah orang lain.
“Orang lain itu adalah tuan kepada api ini dan dia sudah lama mahu bakar rumah kita dan halau kita keluar dari rumah sendiri.
“Sebelum rumah kita terbakar, kita perlu keluarkan api dalam sekam ini. Baru rumah kita selamat dan keluarga kita bahagia. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Salam,” katanya.
Isham mengulas mengenai mimpi yang diceritakan Annuar kononnya rumah pusaka miliknya terbakar dan beliau cuba menyelamatkan rumah tersbeut.
Menurut Ketua Penerangan UMNO itu, beliau mentafsirkan mimpi Annuar sebagai impian Ketua UMNO Keterah itu untuk menjadi menteri tetapi tidak kesampaian.
“Terima kasihlah Tan Sri sebab cerita pasal mimpi dan igauan Tan Sri. Mungkin Tan Sri impikan nak jadi menteri lagi tapi tidak jadi dan tiada rezeki.
“Tidak mengapa, reda sahajalah ketentuan Allah SWT, Dia penentu segala. Kita hanya manusia yang berusaha, jika Allah tidak izin, maka adalah sebabnya.
“Menang itu penting, namun bagaimana kita menang itu lebih penting, jika sumber kemenangan itu tidak berkat, maka kifarah akan bersemuka,” kata Isham.
Menerusi satu hantaran di media sosial Annuar berkata, beliau bermimpi mengenai tragedi yang menimpa rumah pusaka tersebut malam tadi.
Dalam mimpi itu, Annuar berkata, beliau tidak pasti punca kebakaran rumah itu sama ada kemalangan atau disengajakan.
Namun menurutnya ramai penghuni rumah itu keluar menyelamatkan diri di tengah-tengah kebakaran yang semakin marak.
Annuar berkata, dia cuba menyelamatkan rumah pusaka berkenaan daripada terus terbakar sekali gus dapat menghalang penghuni daripada meninggalkan rumah berkenaan.
Bagaimanapun menurutnya, dalam keadaan api yang terus marak ada seseorang telah menahan beliau daripada cuba menyelamatkan rumah pusaka berkenaan.
Media melaporkan, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam tadi bersetuju untuk memecat seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita UMNO bahagian.
Menurut media, ketua bahagian tersebut adalah Annuar.-MalaysiaGazette
MENTALITI ICAM JALIL MACAM BUDAK2….