Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan senarai timbalan menteri.

KUALA LUMPUR – Senarai penuh Timbalan Menteri dalam Kabinet kerajaan Perpaduan akan diumumkan malam ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia akan diumumkan selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, petang ini di Istana Negara.

“Saya akan menghadap Agong petang ni, dan InshaAllah 8.15 malam akan diumumkan nama timbalan-timbalan menteri,” katanya selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette