KUANTAN – Seramai 16 bayi antara 313 mangsa banjir daripada 118 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Negeri Terengganu.
Menerusi laporan Bencana Banjir Negeri Terengganu, tiga daerah masih terjejas ialah Kuala Terengganu, Setui dan Kuala Nerus.
Sehingga jam 8 malam tadi, seramai 108 mangsa lelaki, 117 wanita, 51 kanak-kanak lelaki, 26 kanak-kanak perempuan, 13 bayi lelaki dan tiga bayi perempuan masih berada di tujuh PPS tersebut.
Mangsa banjir paling ramai terkesan di daerah Kuala Nerus melibatkan 202 mangsa banjir daripada 51 keluarga yelah ditempatkan di dua PPS di daerah itu.
Manakala seramai 61 mangsa membabitkan 21 keluarga ditempatkan di dua PPS di Kuala Terengganu.
Di Setiu pula, mangsa banjir membabitkan 46 mangsa dari 14 keluarga mendapatkan perlindungan di tiga PPS. – MalaysiaGazette