Penunggang motosikal meredah jalan yang dinaiki air susulan hujan lebat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Seri Kembangan, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu sehingga esok.

Manakala hujan lebat berterusan pada tahap waspada diramalkan berlaku di Hulu Perak dan Kuala Kangsar sehingga esok, kata Jabatan Meteorologi.

Amaran hujan berterusan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

Manakala amaran hujan berterusan waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Dalam pada itu, beberapa bahagian di negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) mengalami hujan hari ini. – MalaysiaGazette