Home Seni Hidup Video mangsa banjir terapung disapa Tengku Hassanal tular

Video mangsa banjir terapung disapa Tengku Hassanal tular

@fatahencem

Tengah santai² di taman tema banjir tiba² tuanku sampeii pulok. Auto segan☺️

♬ original sound – twinklelittlestar44 – twinklelittlestar44

KUANTAN –Gelagat dua anak muda yang leka terapung di atas air di kawasan banjir dikelilingi rakan-rakannya ketika disapa oleh Pemangku Raja Pahang tular di media sosial.

Video berdurasi 10 saat tersebar di media sosial mendapat tontonan ratusan ribu menerusi aplikasi Whatsaap, Youtube, Tiktok dan Facebook.

Rakaman video itu memaparkan keprihatinan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah di Temerloh pada kumpulan remaja berkenaan.

Baginda turut mengharung air paras lutut secara perlahan-lahan dan kemudiannya menyapa kedua-dua remaja yang leka menikmati suasana banjir di Kampung Batu Kapur, Mentakab semalam.

Kehadiran Tengku Hassanal yang mencemar duli itu mengejutkan mereka.

Difahamkan baginda tiba bersama anak-anak muda Temerloh meninjau paras air banjir di sekitar Temerloh dan melihat sendiri mangsa-mangsa banjir yang terkesan di beberapa kawasan daerah ini.

Selain daerah Temerloh, empat lagi daerah yang terkesan banjir membabitkan Lipis, Jerantut, Raub dan Bera melibatkan 536 mangsa banjir. – MalaysiaGazette