Jin. Foto: Twitter

SEOUL – Anggota tertua kumpulan K-pop BTS, Jin, memulakan khidmat ketenteraan wajibnya hari ini, lapor akhbar Korea Selatan, Aju Business Daily.

Menurut akhbar itu, Jin, 30, akan dikerahkan ke sebuah unit selepas menerima latihan selama lima minggu di kem latihan.

Walau bagaimanapun, jurucakap agensi BTS, HYBE, dan Kementerian Pertahanan Korea Selatan enggan mengesahkan laporan itu.

Dalam satu hantaran media sosial minggu lalu, Jin memberi bayangan beliau akan diletakkan di barisan hadapan.

Pada bulan Oktober lalu, kumpulan itu mengumumkan bahawa setiap ahli kumpulan akan menjalani khidmat ketenteraan wajib, bermula dengan Jin.

Kumpulan itu merancang untuk meneruskan projek individu dan bersatu semula pada 2025 selepas semuanya telah melaksanakan khidmat masing-masing, kata HYBE pada masa itu.

Untuk rekod, semua lelaki yang bertubuh tinggi di Korea Selatan antara 18 dan 28 tahun wajib berkhidmat dalam tentera selama 18 hingga 21 bulan.

Namun, beberapa kategori diberi pengecualian atau berkhidmat untuk tempoh yang lebih pendek, iaitu  pemenang pingat Olimpik dan Sukan Asia, serta  pemuzik dan penari klasik yang memenangi hadiah utama di pertandingan tertentu.

Dalam pada itu, beberapa penggubal undang-undang telah menggesa agar BTS dikecualikan. – Agensi