Jamaliah (tengah) didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penjualan bayi di Mahkamah Sesyen George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang bekas guru tuisyen didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown di sini, hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penjualan bayi  berjumlah RM12,000 pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Jamaliah Ahmad, 62, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Mazdi Abd Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menerima wang tunai berjumlah RM12,000  hasil aktiviti haram di lobi sebuah hotel di Jalan Penang kira-kira jam 7 malam pada 15 Disember tahun lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2021.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hariss Ong Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili peguam Md Yusuf Md Idris.

Hakim Mazdi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM10,000.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Selain itu, tertuduh juga tidak dibenarkan berjumpa atau mengganggu mana-mana saksi sepanjang kes berlangsung.

Kes akan disebut semula 13 Januari depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast