KUALA LUMPUR – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Lawyers for Liberty (LFL) sebagai tidak adil kerana mendakwanya tidak mengambil tahu “krisis makanan dan kesihatan” di Pusat Tahanan Imigresen Kimanis di Sabah.
Beliau juga meminta LfL agar tidak cepat melenting dan membuat kesimpulan awal dalam isu tersebut.
“Saya baru hari kelima masuk ke penjabat dan adalah sangat tidak adil LFL membuat judgement (kritikan) sebegitu dan itu respons pertama saya kepada mereka, berilah saya peluang untuk mendengar semua taklimat.
“Siapa yang mengenali saya, mereka akan akui saya sangat terbuka dalam menerima teguran dan pandangan. Itu cara kepimpinan saya. itu gaya kepimpinan saya sejak dahulu sehingga kini, saya sanggah kenyataan yang dikeluarkan LFL itu.
“Pihak LFL harus lihat rekod saya yang lepas dan jangan buat kesimpulan awal. Dia (LFL) sendiri tak pernah mohon untuk jumpa saya, macam mana dia kata saya tak terima pandangan,” katanya pada sidang media di Dewan Theatrette, Bukit Aman hari ini.
Terdahulu beliau bersama Timbalan Menterinya Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah telah mengadakan Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri ke Ibu Pejabat Bukit Aman, di sini jam 9.30 pagi tadi.
Mengulas lanjut dalam isu tahanan Kimanis, Saifuddin menambah, sebagai menteri dan timbalan menteri yang memulakan tugas, adalah munasabah untuk pihaknya mendengar taklimat.
“Tentulah kami ada aspek yang akan kami bagi pandangan, namun buat masa ini, kami mendengar.
“Kami akan berinteraksi dengan jabatan-jabatan barkaitan termasuk pihak imigresen yang mana kami akan berikan beberapa idea penambahbaikan,” tegasnya.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek menerusi kenyataan yang dikeluarkan mendakwa kenyataan Saifudin yang menafikan dakwaan tahanan di Depoh Imigresen Kimanis dilayan dengan teruk adalah tidak boleh diterima.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai amalan yang bertentangan dengan tadbir urus yang baik bagi Menteri Dalam Negeri untuk menolak terus aduan yang sangat serius.
Minggu lalu, satu klip video yang memaparkan tahanan di Depoh Imigresen Kimanis didakwa dilayan dengan teruk sehingga mengalami isu kesihatan telah tular di media sosial. – MalaysiaGazette
MALANG BESAR mereka yang KALAH SERTA KLUSTER RASUAH MAHKAMAH serta MUNAFIK DI ANGKAT JADI MENTERI Dan Timb MENTERI
rakyat akan dKENCING LAGI….HAPUS TOL/ PTPTN/ MINYAKKKKK TURUNNNN….TIADA KOMPROMI DENGAN PERASUAH.2….saya ULANG SAYA ULANG….tapi saya TERIMA ZAHI Dan AHMAD MASLAN BUNG MOHTAR dan sekutunya