Foto : BBC

QATAR – Perancis akan ke aksi final Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Maghribi 2-0 pada separuh akhir.

Didier Deschamps kini boleh mengulangi pencapaian Brazil (1962) dan Itali (1938) sebagai pasukan ketiga berjaya mengekalkan mahkota dimenangi.

Juara 2018 itu akan mempertahankan gelaran mereka dengan menentang Argentina pada Ahad ini selepas jaringan gol Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani memastikan kemenangan di Stadium Al Bayt.

Perancis bakal menjadi negara pertama dalam tempoh 60 tahun menang Piala Dunia berturut-turut selepas kejayaan berganda Brazil pada 1958 dan 1962.

Sementara itu, Impian Maghribi untuk mara ke final bertemu Argentina berkecai apabila Hernandez mencipta rekod dengan menjaringkan gol paling pantas di aksi separuh akhir Piala Dunia sejak tahun 1958 pada empat minit 39 saat.

Maghribi yang lebih menguasai permainan cuba bangkit namun gol kedua Perancis menerusi pemain gantian, Randal Kolo Muani yang menemui sasaran hanya beberapa saat selepas dimasukkan, memusnahkan impian anak buah Walid Regragui.

Namun Maghribi tetap melakar sejarah apabila muncul pasukan pertama dari benua Afrika berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast