Foto: LPT 2

KUALA LUMPUR –  Laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 di Kilometer 393, Ajil-Bukit Besi (arah selatan) di Terengganu mengalami banjir lumpur.

Menurut laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur, laluan kontra telah diaktifkan.

“Sila rancang perjalanan anda dan patuhi arahan Pengawal / papan tanda trafik di lokasi,” katanya.

Para pengguna boleh menghubungi hubungi LPT 2 di talian 1800-88-0220 untuk mendapatkan maklumat terkini. – MalaysiaGazette