Pasukan penyelamat memindahkan mangsa banjir di Setiu ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berhampiran, hari ini

KEMAMAN – Seramai 13,605 mangsa banjir daripada 3,774 keluarga di Terengganu kini ditempatkan di 187 pusat pemindahan sementara (PPS)

Menurut laporan Sekretariat Bencana Banjir Negeri Terengganu, tujuh daerah di negeri itu yang terkesan banjir ialah Kuala Terengganu, Kemaman, Besut, Dungun, Marang, Setiu, dan Hulu Terengganu.

Sehingga jam 10 pagi Isnin, seramai 4,240mangsa lelaki, 4,627 wanita, 1,934 kanak-kanak lelaki, 1,879 kanak-kanak perempuan, 206 bayi lelaki dan 170 bayi perempuan masih berada di tujuh PPS tersebut.

Hanya daerah Kuala Nerus di negeri Terengganu belum dilaporkan membuka PPS setakat ini.

Mangsa banjir paling ramai terkesan di daerah Hulu Terengganu melibatkan 4,670 mangsa banjir daripada 1,459 keluarga yelah ditempatkan di 46 PPS.

Diikuti daerah Besut yang menempatkan seramai 4,488 mangsa membabitkan 1,233 keluarga ditempatkan di 70 PPS di daerah itu. – MalaysiaGazette