Orang ramai boleh merujuk nombor telefon Bilik Gerakan Banjir di Kelantan yang disediakan ini.

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 19,622 orang sehingga jam 9 pagi ini, dengan paras air di Sungai Kelantan menunjukkan trend surut.

Mereka yang melibatkan 5,387 keluarga ditempatkan di 109 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan jajahan yang terlibat dengan banjir sejak Ahad lalu.

Daripada jumlah mangsa itu, 821 orang di Bachok, 421 (Jeli), 4,061 (Kota Bharu), 2,921 (Kuala Krai), 1,008 (Machang), 1,135 (Pasir Mas), 3,388 (Pasir Puteh), 1,636 (Tanah Merah) dan 4,231 (Tumpat).

Jumlah PPS yang dibuka di setiap jajahan ialah enam di Bachok, tiga (Jeli), 23 (Kota Bharu), 21 (Kuala Krai), sembilan (Machang), enam (Pasir Mas), 11 (Pasir Puteh), 17 (Tanah Merah) dan 13 (Tumpat).

Menurut Info Banjir Kelantan, keadaan air Sungai Kelantan di beberapa tempat sukatan banjir di negeri ini menunjukkan perkembangan menurun, tetapi masih berada di paras amaran.

Sehingga jam 9 pagi ini, paras air di Sungai Galas, Dabong melepasi paras amaran iaitu 36.31 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir di Tualang surut 0.1 meter, daripada 41.54 meter awal pagi tadi kepada 41.44 meter.

Tiga tempat sukatan banjir di Sungai Kelantan iaitu Tangga Krai masih di paras bahaya tetapi surut 0.02 meter kepada 25.29 meter, Jambatan Guillemard masih di paras normal iaitu 10.99 meter (paras berjaga-jaga 12 meter) dan Tambatan Diraja naik 0.01 meter kepada 4.29 meter iaitu melepasi paras amaran.

Tiga tempat menyukat banjir bagi paras air Sungai Golok menunjukkan masih di paras bahaya, tetapi surut antara 0.01 hingga 0.02 meter dari awal pagi tadi hingga jam 9 pagi ini, manakala Sungai Semerak di Puteh surut kepada 2.64 meter pada paras amaran.

Sementara itu, antara PPS yang dibuka di jajahan Bachok ialah SMK Jelawat, SK Pak Badol, SK Bakong, SK Jelawat, SMK Teratak Pulai dan SMK Beris Panchor.

Jeli di SK Legah, SMK Air Lanas dan Masjid Gemang.

Kota Bharu di Islamic Outreach ABIM Kok Lanas, SK Tiong, SK Melor, SMK Salor, SK Tapang, SK Mulong, SK Kubang Kerian 2, SK Sering, SMK Long Ghafar, SK Chengal, SK Buloh Poh, SK Perol, SMK Pangkal Kalong, SK Gong Dermin, SK Sri Ketereh, SMU Al-Kauthar, SK Beta Hulu, SMU (Agama) Yusuniah, SK Dewan Beta, SK Sabak, SK Kem Pengkalan Chepa, SK Padang Mokan dan SK Demit.

Kuala Krai di Balairaya Kg. Mial, Madrasah Kg Sepuluh, Masjid Abu Bakar Tanjong Kala, Masjid Chuchoh Puteri A, Pusat Komuniti Chuchoh Puteri A, Madrasah Chuchoh Puteri A, SK Chenulang, SK Sg. Embak, Tadika Kemas Kuala Pertang, SMK Kuala Krai, Dewan Pejabat Veterinar, SK Banggol Guchil, SK Kg. Bedal, SM Keroh, SK Ladang Pasir Gajah, SK Batu Jong, SM Pahi, SRJK © Yuk Chai, Kolej Vokasional, SK Peria dan Surau Taman Sri Nal.

Machang di SK Hamzah 1, SK Dewan Besar, SK Tok Bok, SK Pak Roman, SJK © Pei Hwa), SK Pangkal Jenereh, SK Pulai Chondong, SK Bandar dan SK Machang 2.

Pasir Mas di SK Tok Deh, SK Gual Periok, SK Sri Kiambang, Masjid Mukim Padang Lichin, SK Kubang Kual dan Madrasah Putat Tujuh.

Pasir Puteh di SK Changgai, Kompleks Dewan Sri Kamil, SK Wakaf Raja, SRK Kamil 1, SK Bukit Jawa 2, SK Sg. Petai, SK Gong Garu, SRK Kamil 2, SRK Kamil 3, SK Kg. Nara dan SMK Kamil.

Tanah Merah di SK Batang Merbau, SK Gual Jedok, SK Sri Kelewek, SK Alor Pasir, SK Belimbing, SK Bendang Nyior, Balairaya Kg. Padang Kijang, SMK Tan Sri Md. Yaacob, SMK Bukit Bunga, SR Lawang, Madrasah Kg. Air Batu, SA Kg. Kuala Kajang, SK © Yuk Cheng, Masjid Mukim Kuala Kepok, SK Kulim, Dewan Komuniti Tebing Tinggi dan SMK Tanah Merah 1.

Tumpat di SK Pengkalan Kubor 2, SK Sri Tumpat 2, SK Kebakat, SK Berangan, SK Pasir Pekan, SK Sri Tumpat 1, SK Tumpat, SK Kubang Batang, SK Kutan, SK Kok Keli, SMK Chabang Empat, SMK Geting dan SK Berangan 2. – MalaysiaGazette