logo mahlamah

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan dalam persediaan menghasilkan pornografi kanak-kanak, tiga tahun lepas.

Goh Heng Hong, 67, yang bekerja sebagai kelindan van sekolah, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam sebuah van sekolah sekitar Mac 2019 hingga Julai tahun sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menetapkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan Goh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis, selain menyerahkan pasport serta tidak mengganggu mangsa dan keluarganya hingga kes selesai.

Kes akan disebut semula 25 Januari tahun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast