Keadaan lori yang membawa muatan pasir yang terjunam ke dalam parit.

KUALA LUMPUR – Pasukan bomba mengambil masa hampir 12 jam untuk membawa keluar seorang pemandu lori yang membawa pasir seberat 40 tan selepas lori yang dipandunya itu terbabas ke dalam parit di Jalan Sultan Ibrahim, Stulang, awal pagi tadi.

Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba 1 Mohd Suhaimi Jamal berkata, mangsa, Rosnani Siam, 47, akhirnya berjaya dikeluarkan 8.11 malam tadi.

Bagaimanapun beliau yang tertimbus dengan pasir disahkan meninggal dunia.

Mayat lelaki berjaya dikeluarkan pada jam 8.11 malam tadi.

Mohd Suhaimi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.51 pagi dan ketika sampai di tempat kejadian didapati sebuah lori telah terbabas ke dalam parit yang mengandungi air anggaran kedalaman empat hingga lima meter.

”Terdapat seorang mangsa di dalam kenderaan dan kerja-kerja penyelamatan dibantu sebuah kren.

“Pusat Gerakan Operasi bertindak mengorek pasir yang menimbus kepala lori sementara menunggu kren kedua tiba di lokasi. Setelah kren kedua tiba dilokasi, kerja-kerja menarik lori yang terbenam didalam lumpur dimulakan jam 3.35 petang.

”Dua buah jengkaut tiba dilokasi jam 4.30 perang dan sebuah kren 200 tan tiba dilokasi jam 6.57 petang dana lori yang terbenam di dalam lumpur berjaya dinaikkan oleh kren 200 tan jam 7.35 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette