Kon Yeow (depan) meninjau rumah pam Taman Mangga di Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memperuntukkan hampir RM1 juta bagi menaik taraf 500 kubik meter per saat kapasiti pam sedia ada di Taman Sentul Jaya, Bukit Tengah.


GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memperuntukkan hampir RM1 juta bagi menaik taraf kapasiti pam di Taman Sentul Jaya, Bukit Tengah kepada 500 meter padu sesaat.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam menambah baik rancangan tebatan banjir (RTB) sedia ada di sekitar kawasan Parlimen Batu Kawan demi mengurangkan lagi risiko bencana banjir kilat pada masa hadapan.

Jelas beliau, projek tersebut dijangka siap pada pertengahan Januari 2023.

“Semestinya penduduk akan fokus kepada masalah banjir kilat yang dihadapi oleh mereka dan bukannya tanggungjawab mereka untuk mencari penyelesaian.

“Jadi kita (Kerajaan Negeri) dengar masalah dan kita ‘dalam’ Kerajaan Persekutuan juga perlu mencari penyelesaian sepertimana kita lakukan sekarang.

Kerja-kerja pembinaan RTB Sentul Jaya sedang giat dilakukan.

“Kita perlu sentiasa mengemaskini masalah yang dihadapi penduduk selain akan melakukan kajian serta lihat wujud masalah dari mana termasuk kelemahan projek yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Rumah Pam Taman Mangga serta mengadakan perbincangan dengan para pemegang taruh di kawasan tersebut berhubung isu banjir kilat yang acap kali berlaku. – MalaysiaGazette