Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua harga runcit petrol bagi tempoh 29 Disember hingga 4 Januari 2023 kekal.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan berkata, harga runcit bagi petrol RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter.

RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, begitu juga diesel masih pada RM2.15 seliter.

Tambah kementerian berkenaan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguh pun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kementerian Kewangan turut memberi jaminan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian.

“Ini bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette