KUALA LUMPUR – Lebih banyak lagi karya yang perlu diterjemah mengikut zaman dan generasi.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, usaha penterjemahan memerlukan disiplin yang ketat dalam usaha menjamin kualiti sesuatu karya.

“Saya tekankan juga usaha penterjemahan karya harus fokus terhadap aspek disiplin terjemahan yang ketat bagi menjamin mutu dan kualiti,” katanya menerusi Twitter.

Terdahulu Fadhlina berkata, beliau menerima taklimat mengenai usaha dan inisiatif yang telah dilakukan Institut Terjemahan Bahasa Malaysia (ITBM).

Taklimat berkenaan diberikan Pengarah Urusan ITBM, Sakri Abdullah.

“Antara inisiatif yang digerakkan oleh ITBM adalah dengan mewujudkan pondok buku sebagai satu usaha untuk menyuburkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Tambahan pula, UNESCO telah memberi pengiktirafan kepada Malaysia dengan memilih Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia pada tahun 2020,” katanya. – MalaysiaGazette