KUALA LUMPUR – Besan kepada Pengasas kosmetik Sendayu Tinggi, Bonda Rozita rugi hampir RM300,000 didakwa akibat khianat pembantu rumah.
Menerusi Instagram, Bonda Rozita berkata, pembantu rumah besannya telah melarikan barang kemas yang berjumlah ratusan ribu.
“Maid (pembantu rumah) yang jadi perompak terhormat, disayangi ni balasannya, melarikan hampir RM300, 000 barang kemas besan saya. Bonda mohon bantuan pada semua pengikut sebar-sebarkan,” tulisnya.
Namun beliau mengakui tidak semua pembantu rumah mempunyai perangai ‘panjang tangan’.
Dalam masa yang sama, beliau meminta pengikutnya di Instagram memberikan maklumat mengenai pembantu rumah berkenaan.
“Mohon maaf ya, tak semua maid jahat, jangan burukan bangsa Indonesia, salah di sisi Islam yang jahat ini ikut orang juga tidak semua begitu ada ramai lagi yang baik, yang berdosa dia kita jangan tambah dosa kepada orang lain yang tidak berdosa,” tambahnya.-MalaysiaGazette