Luqman Hafidz

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Luqman Hafidz mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya, Nurul Atiqah sejak Jun lalu.

Katanya, kedua-dua mereka berpisah secara baik.

Jelasnya, kenyataan berkenaan dibuat untuk mengelak sebarang kekeliruan yang timbul serta tanda tanya berterusan daripada pelbagai pihak.

“Assalamualaikum dan salam yang baik-baik buat semua. Seperti semua sedia maklum, pihak media ada bertanyakan mengenai keadaan dan status rumah tangga saya. Saya hargai semua yang bertanya khabar memberi kata-kata semangat dan sebagainya. Saya mohon maaf jika saya tidak dapat nak balas semuanya,” tulisnya di Instagram.

Beliau turut berharap agar media menghormati ruang untuknya dan keluarga.

Jelas Luqman, kini keutamaannya adalah untuk menjalankan tanggunjawab sebagai seorang bapa dan membesarkan anaknya dengan baik.

“Saya mohon maaf atas segala kekalutan sebelum ini. Fokus saya sekarang adalah kerja keras bagi mencari rezeki dan sebagai seorang bapa, tanggungjawab ini adalah keutamaan saya. Saya pohon semua titipkan doa yang baik-baik dan saya doakan yang terbaik juga buat kalian. Terima kasih,” tambahnya.

Muhd Luqman Hafidz Muhd Fauzi, 31, dan Nurul Atiqah Mad Apandi mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2020.

Pasangan berkenaan dikurniakan anak perempuan, Eve Laura yang kini berusia dua tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast