Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan diturunkan bermula 12.01 tengah malam ini.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, keputusan penurunan kadar tol di kedua-dua lebuh raya itu selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat pada
21 Disember lalu.

“Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin akan beban yang ditanggung oleh pengguna maka kerajaan dengan sokongan dan
persetujuan syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian kumpulan IJM Corporation Berhad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penurunan kadar tol tersebut merupakan sebahagian daripada persetujuan penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya itu diputuskan oleh kerajaan.

Katanya, kerajaan dapat menjimatkan peruntukan bayaran pampasan yang dianggarkan sebanyak RM1.978 billion sepanjang tempoh konsesi bagi kedua-dua lebuh raya melalui penyusunan semula struktur dan kadar tol.

“Penurunan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya ini juga adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat yang berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup ketika ini.

“Selain daripada itu, kerajaan juga sedang mengambil langkah-langkah berterusan untuk mengurangkan beban pengguna lebuhraya tanpa mengabaikan sebarang obligasi yang dipersetujui dengan memastikan kepentingan semua pihak terutamanya pengguna lebuhraya sentiasa dilindungi,” katanya.

Kadar tol BESRAYA
Kadar tol LEKAS

Penurunan kadar tol adalah sebanyak 15 sen bagi kenderaan Kelas 1 yang melalui plaza tol Loke Yew dan Mines (arah Utara dan Selatan) Lebuhraya Besraya.

Manakala kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen/km kepada 0.1666 sen/km bagi Lebuhraya LEKAS bagi sistem tol tertutup dan kadar tol kekal seperti sedia ada bagi sistem tol terbuka iaitu di Plaza Tol Ampangan.

Kadar tol yang dikutip pada masa ini adalah sebanyak RM2.00 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya Besraya dan RM8.30 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS.

Melalui penurunan kadar tol kenderaan Kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuhraya Besraya akan membayar RM1.85 sehala.

Manakala bagi pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuhraya LEKAS akan membayar RM7.80 sehala. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. sambung konsesi berapa tahun lagi? kalau setakat turun 20sen sambung konsesi 20 tahun lagi berbaloi ke? Sepatutnya bagilah tol dikurangkan pada waktu puncak hari bekerja, barulah rakyat tak terbeban walaupun kerajaan tidak dapat hapuskan tol.

Comments are closed.