Pengasas Madrasah, Ustaz Khairul Umam Muhit menjirus air perigi yang didoakan para ulamak kepada pelatihnya dalam upacara mandian Syifak di setiap malam jumaat dengan usaha dan tawakal bagi menyembuhkan dari ketagihan, menghilangkan dari gangguan dan penyembuh kerohanian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada 28 April di Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2022.

Dari awal tahun hingga penghujung, kejutan dan peristiwa yang berlaku di dalam negara sentiasa menjadi perhatian rakyat Malaysia. Lensa Malaysia Gazette sempat merakamkan momen menarik dan bersejarah yang berlaku sepanjang tahun 2022.

Penduduk setempat mengambil buku yang telah musnah dan akan dilupuskan selepas terjejas akibat bencana banjir pada 1 Januari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Gudann buku Big Bad Wolf dan BookXcess, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2022.
Penduduk Malaysia yang bekerja di Singapura tiba di Johor Bahru dengan berjalan kaki berikutan sempadan Malaysia-Singapura dibuka semula tepat jam 12 pagi pada 1 April 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Johor Bahru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 DISEMBER 2022.
Orang ramai mula merentasi Tambak Johor sejurus sempadan Malaysia-Singapura dibuka tepat jam 12.00 pagi pada 1 April selepas ditutup akibat Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Johor Bahru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 DISEMBER 2022.
Gelandangan OKU, Affendi Muda mencari dan menjual barangan kitar semula dengan menggunakan kerusi roda beserta tongkat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada 12 April di sekitar Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 31 DISEMBER 2022.
Suasana kawasan Madrasah Darul Solihin Al Qadiri yang luas dan terbuka serta tidak mempunyai dinding tebal atau tinggi namun mampu mengawal hampir 120 pelatih daripada pelbagai latar belakang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada 28 April di Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2022.
Isham bukan nama sebenar selepas selesai dimandikan dengan mandian Syifak menggunakan air perigi yang telah didoakan oleh para ulamak. Hampir setahun di dalam Madrasah Darul Solihin dengan pengawasan kesihatan dari tenaga pengajar, Isham bersyukur kerana ditempatkan di pusat pemulihan ini berikutan ramai yang membantu beliau untuk pulih dari segi akhlak dan juga ilmu agama. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2022.
Atan bukan nama sebenar pernah dipenjarakan selama 12 tahun dalam kes samun bersenjata. Beliau mula melakukan aktiviti jenayah seawal umur 14 tahun dan pernah dimasukkan ke sekolah Henry Gurney pada tahun 1995. Setelah bapanya meninggal dunia dan ditinggalkan ibunya, Atan mula hilang arah. Merasa dirinya telah hanyut jauh, Atan nekad untuk mencari jalan untuk berubah. Berbekalkan hanya duit lima ringgit, Atan mencari Madrasah Darul Solihin Al Qadiri dengan menaiki motosikalnya hanya untuk mencari jalan untuk berubah. Kini Atan telah hampir setahun lebih di Madrasah ini, beliau telah beertaubat dan mula berubah kearah kebaikan dengan mempelajari ilmu kerohanian dengan pengisian ilmu agama. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2022.
Reaksi penjaga gol JDT, Farizal Marlias meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan pasukan Ulsan Hyundai FC sekaligus melayakkan pasukan ke pusing 16 terbaik pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 30 April di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 DISEMBER 2022.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak santai berbual bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum bermulanya Program Debat Perdana pada 12 Mei di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 DISEMBER 2022.
Badut, Nazirah Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai ‘Mama Pinky’ memberi makanan kepada anjing jalanan selepas selesai melakukan kerja sambilannya sebagai penghibur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada 29 Mei di Ipoh, Perak. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 31 DISEMBER 2022.
Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) mendukung anaknya yang menangis selepas dicekup anggota Imigresen dalam Operasi Bersepadu pada 3 Jun di Kondominium Prima Ampang, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 31 DISEMBER 2022.
Persembahan mengujakan kumpulan sarkas dari negara British sempena Great British Circus ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette ada 4 Jun 2022 di Pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 31 DISEMBER 2022.
Gelagat seorang kanak-kanak melawat pameran seni 101 mini Tapir yang diadakan untuk Kempen Kesedaran Tapir Malaya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada 04 Ogos di Publika, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 31 DISEMBER 2022.
Pemandangan indah bulan penuh yang berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada 11 Ogos di Bukit Tungku, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2022.
Kapal Tempur Pesisir (LCS1) yang masih dalam pembinaan sebanyak 60 peratus semasa lawatan media pada 13 Ogos di Boustead Naval Shipyard (BNS), Lumut, Perak. Foto MOHD ADZLAN, DISEMBER 2022.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dengan sebahagian penyokongnya di pekarangan mahkamah pada prosiding kes rayuan akhir berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) pada 23 Ogos di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2022.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan mahkamah dibawa ke Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes SRC International pada 23 Ogos di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 31 DISEMBER 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Ting Tong’ bersama anaknya lengkap berpakaian jalur gemilang bagi menyerakkan lagi bulan Kemerdekaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada 29 Ogos di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 31 DISEMBER 2022.
Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella hadir ke mahkamah pada 22 September dengan berpakaian ‘elsa’ bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 31 DISEMBER 2022.
Pemain Wilayah Persekutuan, gagal memukul bola lalu menyentuh wiket semasa menentang Perak sekaligus menjadi juara pada perlawanan kriket akhir sempena Sukan Malaysia 2022 (SUKMA) ke-20 pada 24 September di Oval UKM Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 31 DISEMBER 2022.
Sekumpulan kanak-kanak riang bermain kelopak air di padang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada 14 November di Kampung Sawah Ring, Tangkak, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 31 DISEMBER 2022.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab panggilan daripada Presiden Turkiye, Reccep Tayyip Erdogan ketika sidang media pertamanya sebagai PM ke 10 sambil ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (kanan) pada 24 November di Sungai Long Club House, kajang, Selangor. Foto, MUHD NA’IM, 31 DISEMBER 2022.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan jemaah yang lain selepas menunaikan solat jumaat pertamanya sebagai PM ke 10 pada 25 November di Masjid Putra, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 31 DISEMBER 2022.
Reaksi sedih mangsa yang berjaya dibawa keluar dan diselamatkan daripada lokasi kejadian tanah runtuh yang melibatkan 92 mangsa pada 16 Disember di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 31 DISEMBER 2022.
Anggota bomba menggunakan pelbagai jenis jentera bagi menyambung misi mencari dan menyelamat baki mangsa di lokasi kejadian tanah runtuh pada 18 Disember di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 31 DISEMBER 2022.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan operasi ‘Sweeping’ di sekitar sungai Kedondong dalam usaha mencari dan menyelamat baki mangsa tanah runtuh pada 22 Disember di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2022.