Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyertai skim pelaburan Amundi seperti yang terpapar pada chat group aplikasi Whatsapp.

Setiausahanya, Deputi Komisioner Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya telah mengesan chat group yang mempromosikan skim pelaburan Amundi yang mengaitkannya dengan KPN.

Tambah beliau, dalam chat group tersebut terdapat satu profil whatsapp yang menyamar sebagai Acryl Sani.

“Individu tersebut menggunakan nombor telefon 010-2301160 mendakwa kononnya Ketua Polis Negara turut menyertai skim pelaburan berkenaan.

“PDRM mengesahkan tiada sebarang penglibatan oleh Ketua Polis Negara dalam pelaburan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Noorsiah, satu laporan polis telah dibuat agar siasatan boleh dimulakan ke atas individu yang menyamar dan menggunakan nama KPN dan mengaitkannya dalam skim pelaburan itu.

Jelasnya, siasatan ke atas skim pelaburan Amundi sedang dijalankan oleh polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast