Datuk Hajiji Noor

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mendakwa menerima 44 sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Beberapa media melaporkan, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu telah menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu hari ini.

Terdahulu media melaporkan seramai 44 ADUN termasuk lima daripada UMNO yang menyokong pentadbiran Hajiji berkumpul di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Turut hadir 29 ADUN GRS, Pakatan Harapan (tujuh), UMNO dan Pas, Parti Harapan Rakyat Sabah serta Bebas (masing-masing seorang).

Perjumpaan bersama Hajiji bermula jam 3.30 petang tadi itu adalah berkaitan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Selasa depan.

Namun, pertemuan itu dipercayai turut membincangkan situasi politik semasa di Sabah ketika ini. – MalaysiaGazette