MANCHESTER – Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Manchester City 2-1 di Old Trafford menerusi Marcus Rashford yang meledak gol kemenangan lewat permainan malam tadi.
Kemenangan ke atas jiran seterus itu meletakkan United hanya satu mata di belakang juara bertahan itu, yang menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tuan rumah sepatutnya menang selesa kerana memiliki beberapa peluang keemasan di babak pertama, namun percubaan Rashford dihalang Manuel Akanji selepas Edinson sudah tewas.
Namun United menyamakan kedudukan menerusi Bruno Fernandes pada minit ke-78, selepas mengutip bola Rashford yang sebelum itu berada di kedudukan ofsaid.
Namun VAR membenarkan gol berkenaan kerana Rashford tidak menyentuh bola tersebut.