Pengguna boleh membuat transaksi tanpa tunai di R&R PLUS.

KUALA LUMPUR – Lebih daripada 300 gerai yang beroperasi di PLUS R&R kini telah menerima pembayaran tanpa tunai melalui kad Debit, kad Kredit, GrabPay, Touch ‘n Go e-Wallet (e-Dompet), Boost, MAE, Setel, ShopeePay dan MPay.

Langkah ini bagi memberi lebih kemudahan dan ganjaran yang lebih bermanfaat kepada pengguna lebuh raya, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menerima dan menggunakan pembayaran tanpa tunai.

”Sejak setahun yang lalu, GrabPay, Touch ‘n Go e-Wallet, Boost dan ShopeePay merupakan antara rakan kongsi PLUS yang terawal menawarkan ganjaran pulangan tunai kepada pengguna kami di R&R.

”Selain itu, bagi menggalakkan lebih ramai pengguna lebuh raya untuk mengamalkan pembayaran tanpa tunai di R&R PLUS, MyDebit telah melancarkan peraduan “Wave & Menang” bermula dari 1 Disember 2022 sehingga 28 Februari 2023 di mana pengguna kami berpeluang memenangi hadiah keseluruhan RM70,000dengan hanya perlu berbelanja minimum RM5 dengan kad Debit mereka,” kata Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew.

Selain itu, Setel juga menawarkan ganjaran pulangan tunai kepada pengguna di R&R yang berbelanja minimum sebanyak RM5 dan memperoleh RM2 pulangan tunai dari 16 Januari 2023 hingga 28 Februari 2023.

Setel juga memberikan pulangan tunai sebanyak RM5 kepada orang ramai yang menambah nilai minimum RM50 pada akaun Setel mereka.

Pelbagai promosi dan aktiviti akan dijalankan pada tahun 2023 bersama rakan kongsi pembayaran yang lain seperti MAE, Visa dan Mastercard untuk memberikan pengalaman pembayaran tanpa tunai yang bermanfaat kepada semua pengguna lebuh raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast