simpanan KWSP
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Isu pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 kembali disuarakan rakyat bakal menjadi kayu pengukur kepada kecekapan Kerajaan Perpaduan dalam menangani kos sara hidup rakyat ketika ini.

Tinjauan MalaysiaGazette hari ini mendapati, idea pengeluaran khas akaun KWSP itu mempunyai kebaikan dan keburukan meskipun negara kini dicengkam dengan pelbagai cabaran ekonomi khususnya inflasi.

Menurut Muhammad Hafiz Ramli, 36, idea pengeluaran untuk sekian kalinya itu wajar dipertimbangkan kerajaan kerana rakyat masih terkesan dengan kelembapan ekonomi ketika ini.

Muhammad Hafiz Ramli, 36 bercakap ketika ditemubual berkaitan isu pengeluaran KWSP ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 JANUARI 2023.

“Tidak semua orang berada pada tahap yang terlalu senang kerana mereka masih lagi memerlukan kewangan.

“Sekarang ini ramai yang sedang rasa tertekan dengan keadaan ekonomi, harga barang dan makanan.

“Saya rasa wajar untuk dibenarkan (pengeluaran) kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sekitar Jalan Tunku Abdu Rahman, di sini, hari ini.

Tambah Hafiz, idea pengeluaran simpanan itu bertepatan dengan situasi semasa rakyat ketika ini.

“KWSP itu adalah simpanan masa tua, tidak semestinya kita gunakan ketika itu

“Kita gunakan waktu tengah susah macam sekarang ini,” katanya.

Bagi Mazlan Abu, 58, dia membantah idea pengeluaran khas itu dan menggalakkan rakyat terus menyimpan dana persaraan itu meskipun dihimpit kegawatan ekonomi.

“Tak sepatutnya dikeluarkan sebab masa depan kita tak tahu lagi macam mana keadaan kita, ekonomi pun tak menentu.

“Jadi eloklah duit KWSP itu disimpan untuk hari tua. Jangan anggap RM10,000 itu besar.

Mazlan Abu, 58 bercakap ketika ditemubual berkaitan isu pengeluaran KWSP ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 JANUARI 2023.

“Jadi untuk masa depan kosong, kita fikir masa depan, jangan fikir hari ini, fikir masa tua kita, siapa nak bagi kita duit,” katanya.

Selain itu, Kamariah Hussein, 60, pula senada dengan bantahan itu sambil menggalakkan pendeposit khususnya anak muda mengamalkan budaya menyimpan.

“Generasi muda, masa mereka masih panjang lagi, banyak gunanya KWSP ini sebenarnya.

Kamariah Hussein, 60 bercakap ketika ditemubual berkaitan isu pengeluaran KWSP ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 JANUARI 2023.

“Kena kerja lah, kena usaha, kalau asyik keluar habis lah. KWSP ini simpanan untuk orang bekerja,” katanya.

Bagi Azhari Mohd Noor, 62, jika pendeposit dibenarkan membuat pengeluaran khas itu, kelak ia tidak membantu kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

Azhari Mohd Noor, 62 bercakap ketika ditemubual berkaitan isu pengeluaran KWSP ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 JANUARI 2023.

“Kalau dibagi peluang orang keluarkan, pada dia kalau boleh sampai habis, 100 peratus dia keluarkan.

“Kalau duit KWSP kita tinggalkan dalam tabung, dia boleh membantu meningkatkan ekonomi kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Rozairi Abd Rahman, 52, pula berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan pengeluaran itu secara bersasar bagi membantu rakyat yang masih terjejas pendapatannya.

Rozairi Abd Rahman, 52 bercakap ketika ditemubual berkaitan isu pengeluaran KWSP ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 JANUARI 2023.

“Kita lihat pengurangan pendapatan rakyat yang tidak seimbang, tambahan pula keadaan mendesak sekarang ini akibat inflasi, apatah lagi tunggakan hutang sejak Pasca Covid-19.

“Besarlah harapan rakyat untuk memohon kerajaan mempertimbangkan pengeluaran bersasar ini.

“Pengeluaran khas ini secara tak langsung membantu rakyat dan meningkatkan ekonomi negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. org yg komen xbg keluar duit KWSP tu memang babi tau,mu sedap la cakap xpayah buat keluar,sbb MU org byk duit,klu org mcm aku nie memang perlu kn,dgn kerja2 susah nk dapat skg,aku gmoh dah dekat setahun xbyar tau,nasib tuan rumah xhalau je lagi

    • sapa yg xbg keluar duit KWSP tu,tlg mari bayar rumah sewa aku yg tertunggak nie,perangai mcm babi sial,duit KWSP tu duit kita org,bkn duit MU org

  2. Seeloknya,pengeluaran ini dapat di pertimbangkan…kerana tidak semua rakyat senang….semua susah juga….kalau orang yang berduit nie boleh lah temberang nak kumpul duit KWSP konon….padahal orang di luar sana sangat memerlukan….

  3. Bagi saya org yang sudah menjangkau 55 tahun keatas tak oayah menyibuk tentang pngeluaran kwsp #bersasar. sebab umur macam tu satu sen pun tak ada dalam kwsp. cuba duduk diam..kami yang masih mencarum nie saja boleh bersuara..sebab kami masih lagi memcarum. tak payah menyibuk. duduk rumah jaga cucu..nanti kami mencarum bagi panas kamu mungkin kamu tak tahan telinga dengar..jangan malu diri. kami nak keluarkan duit kwsp kami,bukan duit kamu..bagus lagi diam,anak menantu kamu kalau duit itu lulus kwsp #besasar mungkin kamu org yang pertama mendesak keluarkan duit itu. fikir sebelum kamu buat andaian..PENYIBUK..

  4. Pengeluaran bersyarat harus dibenarkn atas dasar keprihatinan thadap rakyat yg btul2 memerlukan. Contohnya sekiranya pencarum sudah tidak berkerja dan sudah berusia lbh 45thun..beliau jg mempunyai kometmen yg tinggi sbg ketua kluarga dan dah pasti tak diperlukan oleh majikkan atau digaji lagi atas faktor usia.. Bagaimana nak memikirkan masa depan sdgkn masa skrg tak dapt nk menyara hidup kluarga… Umpama mati skrg macammana nk hidup kemudian.. Harap kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP secara bersyarat dan berbentuk tunai, sb bkn smua pencarum yg mampu membeli rumah sblmnya… KERAJAAN MADANI PRIHATIN TTG NASIB RAKYAT…

  5. Syarat pengeluaran simpanan KWSP skrg kurang menepati permintaan pencarum.. Dgn 6 jenis pengeluaran kurang menepati kehendak pencarum yg memerlukn..

Comments are closed.