Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghalang pimpinan negeri Pulau Pinang mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang perbincangan rasmi mengenai pembahagian kerusi membabitkan gabungan parti itu dibuat setakat ini.