Seorang petugas kesihatan melakukan proses ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 101 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan satu daripadanya adalah kes import.

Pertambahan itu menjadikan keseluruhan jangkitan berkenaan di negara ini adalah sebanyak 5,035,073 kes.

Data Kementerian Kesihatan  (KKM) di laman portal KKMNow menunjukkan, tiada kematian direkodkan akibat wabak itu pada semalam.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,932.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah 315 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dariada wabak tersebut dalam negara adalah sebanyak 4,988,143 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 9,998 dengan 9,635 atau 96.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 351 pesakit dirawat di hospital dengan 12 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi. – MalaysiaGazette