ACP Beh Eng Lai.

KUALA LUMPUR – Polis meneruskan siasatan kes kematian seorang warga emas di Sentul hari ini sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan itu kemudiannya bergantung kepada keputusan selepas dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, proses bedah siasat ke atas mayat mangsa selesai dijalankan petang tadi di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur.

“Hasil laporan autopsi mendapati kematian warga emas berusia 76 tahun itu berpunca akibat Ischaemic Heart Disease Due To Coronary Artery Atherosclerosis,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurut Eng Lai, meskipun polis telah memperolehi punca kematian namun siasatan kes kematian mangsa masih diteruskan sebagai kes bunuh.

“Kita akan dapatkan reman ke atas suspek kenalan rapat mangsa iaitu lelaki warga emas tempatan berusia 63 tahun pada pagi esok di mahkamah,” katanya lagi.

Dalam kenyataan awal petang tadi, Eng Lai mengesahkan satu kejadian pergaduhan antara dua lelaki warga emas tempatan di sebuah kedai makan di Metro Prima Kepong pagi ini.

Mangsa yang telah menuntut wang hutang RM250 yang diberikan kepada suspek sebelum kenalan lama itu berang dan bergaduh dengan mangsa serta menyerang mangsa dengan kerusi plastik.

Pergaduhan kedua-dua warga emas itu kemudian dileraikan beberapa anggota Rela  sebelum mangsa yang diserang berjalan lebih kurang 100 meter dari tempat kejadian sebelum tiba-tiba rebah di tepi jalan serta meninggal dunia.

Suspek warga emas tempatan berusia 63 tahun itu kemudianya ditahan polis beberapa jam selepas berlaku kejadian itu ketika tampil melaporkan tentang insiden itu kepada polis di Balai Polis Kepong.

Kerusi plastik berwarna putih dan sebuah rod kabel hitam yang digunakan dalam pergaduhan itu turut dirampas polis untuk membantu siasatan kes tersebut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Nyawa warga emas melayang kerana hutang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast