Gambar hiasan

LOS ANGELES – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan pada awal pagi Sabtu di kawasan kejiranan Los Angeles.

Mangsa yang maut terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Media tempatan melaporkan mangsa yang cedera dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.

Tembakan berlaku sejurus selepas jam 2.30 pagi waktu tempatan (1030 GMT) di kawasan Beverly Crest.

Tiga mangsa terbunuh dalam kenderaan di jalan raya dan empat cedera di luar di kawasan kejiranan mewah berhampiran Beverly Hills, menurut Los Angeles Times.

Suspek masih lagi bebas, lapor akhbar itu.

Ia merupakan kejadian tembakan rambang ke-11 di Amerika Syarikat tahun ini termasuk  kedua di Los Angeles dan yang keempat di negeri California barat dalam masa seminggu.

Sekurang-kurangnya 11 orang dan sembilan yang lain cedera di sebuah studio tarian di Taman Monterey Los Angeles County malam Sabtu lalu.

Tujuh orang lagi maut ditembak petang Isnin di Half Moon Bay di utara California.

Seorang maut dan tujuh lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di utara California pada petang Isnin. – Agensi