Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran, Datuk Abdul Latiff Mirasa (tengah) menyerahkan naskah al-Quran kepada penerima anugerah Personaliti Quran, Datuk Dr. Norhafizah Musa (kanan) pada Majlis Makan Malam Personaliti Quran sempena kutipan Dana Wakaf Al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 30 JANUARI 2023.

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat masih mengunci mulut mengenai isu ‘pembersihan’ yang dibuat parti itu baru-baru ini.

Ketika diasak, beliau berkata, dirinya akan memberikan jawapan pada sesi akan datang.

“Tunggulah dalam sesi akan datang (saya jelaskan), ” kata Timbalan Perdana Menteri itu ketika ditanya mengenai isu berkenaan.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis Penyampaian Anugerah Tokoh Personaliti al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran di sini malam ini.

Isu pemecatan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menjadi tumpuan apabila mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan itu pada Jumaat lalu.

Sehari selepas itu, Ahmad Zahid sebelum ini berjanji untuk menjawab mengenai isu tersebut dalam suatu majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau belum mahu mengulas lanjut mengenai tarikh atau majlis tersebut.

Selain Khairy, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tunggu saya akan jawab – Zahid

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast