Rafizi Ramli.-Foto AFFAN FAUZI, 06 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tidak bersetuju sekiranya ada mana-mana pemimpin dalam kerajaan melantik saudara terdekat menjawat jawatan tertentu.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, budaya nepotisme adalah tidak wajar diamalkan dan perlu dielakkan pada masa depan.

Beliau sedar kritikan yang dilemparkan berhubung pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapanya.

Beliau juga sedar kritikan yang sama dilemparkan terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul yang melantik anaknya Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.

“Saya ingat beberapa perkara ini untuk masa akan datang kepada mana-mana kerajaan perlu elakkan. Cuma dalam keadaan Nurul Izzah dan Iqbal, lantikan itu sudah dibuat.

“Dia tidak membabitkan wang rakyat, yang kita harapkan sekarang mereka perlulah buktikan mereka bawa nilai tambah.

“Saya yakin mereka ada peranan masing-masing,” katanya ditemui media selepas hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pandah Indah malam tadi.

Rafizi berharap pemimpin yang terbabit dalam membuat keputusan sedemikian wajar mengambil perhatian terhadap pandangan rakyat.

Sementara itu, Rafizi berkata, Nurul Izzah dan Iqbal harus membuktikan bahawa mempunyai nilai untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

“Di peringkat PKR, kita harap kita move on dan cabaran itu ada pada Nurul Izzah dan Iqbal untuk membuktikan mereka ada nilai tambah dalam keadaan mereka tidak mengambil sebarang wang rakyat. Sudah pasti saya faham sentimen itu,” katanya.-MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Sokongan penuh untuk Rafizi. Sebab tu kita kens tukar segera untuk leyak Rsfizi jafj PM11. Rakyat sudah mula kesal dan tertipu kerana Anwar jadi PM. SEKARANG kita nak Rafizi. TUKAR TUKAR TUKAR.

  2. sandiwara MUNAFIK…DEPAN cakap LAIN….belakang CAKAP LAIN….menteri TERDUDUK

    SAYA ORANG PERTAMA AKAN MENENTANG KERJASAMA P akatan H aru dengan UMNO…akhirnya dijuburi

Comments are closed.