Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdu bercakap kepada medai selepas Majlis Temu Mesra dengan Speaker Dewan Rakyat bersama Media di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Datuk Johari Abdul mengulangi kenyataan bahawa anaknya mempunyai pengalaman dan kelayakan sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Johari yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 19 Disember lalu meminta media merujuk kepada kenyataan beliau sebelum ini.

“Rujuk kenyataan saya sebelum ini,” katanya ringkas kepada media dalam majlis temu mesra Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama pengamal media tahun 2023 di Parlimen, hari ini.

Johari pada Jumaat lalu berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk memohon pelantikan anak sulungnya, Mohamad Iqbal sebagai pegawainya.

Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu turut mengesahkan Mohammed Iqbal menjadi pegawainya sejak 14 tahun lalu.

Malah jelas Johari, elaun dan gaji Mohamed Iqbal dibayar  beliau sendiri.

“Kalau saya rasa dia (Mohammed Iqbal) layak dan sesuai, saya akan buat permohonan, buat masa ini dia ditempatkan di sini sebab saya ada di sini,” katanya menurut laporan media sebelum ini.

Sebelum ini, tular dakwaan Johari telah melantik anaknya sendiri untuk bertugas sebagai  pegawai tugas-tugas khas di pejabatnya.

Melalui portal rasmi Parlimen, ia meletakkan nama Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Yang di-Pertua Dewan Rakyat 1. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.