Seorang warga emas cedera dalam kebakaran di Desa Petaling, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas meleceur 20 peratus selepas kediamannya di PPRT Desa Petaling di sini dijilat api awal pagi tadi.

Rumah mangsa yang terletak di tingkat satu, musnah 70 peratus dalam kejadian tersebut.

 

Keadaan rumah warga emas yang musnah selepas terbakar pagi tadi.

Komander Operasi, PgB Roshdi Fitri Roslan dalam kenyataan hari ini berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 6.41 pagi.

Jentera bomba dengan 22 anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran telah dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.50 pagi,” katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast