SEREMBAN – Kajian Merdeka Center yang mendapati hanya 68 peratus rakyat berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua bulan menjadi Perdana Menteri dianggap agak membimbangkan.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpandangan, peratusan yang diperolehi Anwar itu sangat rendah berbanding beberapa Perdana Menteri sebelumnya.
Menurut beliau, sejak 2004, tahap kepuashatian rakyat terhadap kerajaan yang baharu lazimnya lebih 70 peratus.
“Malah boleh mencapai 80 peratus seperti yang pernah dicapai oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dan pemimpin-pemimpin sebelum itu.
“Tetapi Anwar saya nampak sekadar 68 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Semarak Kebangkitan Rakyat anjuran PN Negeri Sembilan di Senawang, di sini, hari ini.
Tinjauan membabitkan1,209 pengundi pelbagai kaum itu dijalankan bermula 26 Disember hingga 15 Januari lalu.
Kajian yang sama juga mendapati, 54 peratus responden berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Perpaduan dan hanya 25 peratus menyatakan tidak berpuas hati.
Hampir 25 peratus responden kajiana enggan memberi pandangan yang menjadi petunjuk bahawa mereka mengambil sikap berhati-hati selepas empat tahun berdepan ketidaktentuan politik di negara ini. – MalaysiaGazette
Masih wujud lg? Ingatkan dh masuk dalam gua. Biasalah.. ni nk masuk musim pilihanraya balik maka muncul lah ia.